Sunday, June 15, 2014
Saturday, June 14, 2014
Wednesday, October 17, 2012
Tok dan Tok Wan Raya Puasa 2012
Terlalu lama sangat dah tak update blog Pak Lang ni. Gambar Tok dan Tok Wan semasa raya Puasa 2012.
Monday, January 4, 2010
Thursday, December 24, 2009
TAHNIAH UNTUK IDDEEN DAN AISYAH
Sekalung tahniah kepada Iddeen dan Aisyah yang mendapat 8A pada peperiksaan PMR baru baru ini. Tahniah juga pada Abang Mail dan Kak Limah dan juga Khairul dan Misah diatas kejayaan anak mereka masing masing. Mohon maaf sebelum ini kerana tak tahu yang Aisyah pun mengambil periksa PMR tahun lepas.
Memang dijangka Aisyah dan Iddeen pasti mendapat keputusan yang terbaik.Kalau Ayah dan Emak pandai , anak pun pandai pandai juga la ya. Dan tidak lupa kita ucapkan tahniah juga pada Hj Karim dan Hjh Che' Nap kerana kejayaan cucu cucu mereka tahun ini.
Doa untuk semua cucu cucu Hj Karim dan Che' Nap akan menempah kejayaan lagi dimasa akan datang.
Nak tanya, Iddeen dan Aisysh dapat hadiah apa pula.?.
Monday, December 21, 2009
Pak andak Hj Zaki belanja makan masakan Thai.
Alhamdulillah selepas dua minggu berada di Kuala Lumpur, Tok wan Hj Karim dan Hjh Che' Nap pulang semula kekampong. Mereka sempat menghadiri 4 buah kenduri dan tidor disemua rumah anak anak yang ada diKL termasuklah rumah cucu mereka Nahdia.
TENGAH NAK ORDER MAKANAN
SAMBIL SAMBIL SEMBANG SEDANG MENUNGGU MAKANAN
Tuesday, December 15, 2009
MENGHADIRI KENDURI DI RUMAH ABANG MASRI DAN KAK YATI DI PUNCAK JALIL.
Alhamdulillah dikesempatan yang ada di Kuala Lumpur , kami bersama Emak dan Baba sempat pergi kenduri perkahwinan anak Kak yati dan Abang Masri di Puncak Jalil. Turut sama Kak Limah, Abang Mail, Zaki dan Hana. Banyak la jumpa saudara saudara kat sana.
Monday, December 14, 2009
MENGHADIRI KENDURI KAWIN DIPUTRA JAYA
Alhamdulillah kunjungan baba dan emak ke Kuala Lumpur pada kali ini begitu banyak dimanafaatkan. Minggu lepas pergi kekenduri Pak teh dan Mak Teh. Minggu ni ke kenduri rakan kami Abdul Karim di Cheras dan juga kenduri anak kak Zah di Cyberjaya.
Wednesday, December 2, 2009
GAMBAR KERBAU YANG DIBUAT KORBAN KAT KAMPONG
Kepada cucu cucu yang tak dapat beraya Raya haji di kampong,ini lah Kerbau korban yang dibuat oleh Pak Teh, Tok Wan dan Mak andak .
Monday, November 30, 2009
Sunday, November 29, 2009
TAHNIAH DIATAS KEJAYAAN UPSR
PAK LANG NAK UCAPKAN SETINGGI TAHNIAH KEPADA CUCU CUCU HJ KARIM YANG BERJAYA DIDALAM PEPEREKSAAN UPSR BARU BARU INI
MAKAN KULIT KERBAU
Dalam sejarah belum pernah lagi Pak Lang makan kulit kerbau. Sempena Raya Haji tahun ni , bila Pak Teh Pauzi buat korban seekor kerbau, baru la dapat merasai betapa lazatnya kulit kerbau. Dah sampai ke KL, Mak Lang Hamidah buat kulit tu masak kulit kerbau black pepper pula. Kalau nak tahu sedap tak , boleh la tanya Khadijah.
PAK LANG DAN PAK JANG SEDANG MEMPROSES KULIT KERBAU
KHADIJAH DAN MAK LANG TURUT MEMBANTU
KULIT KERBAU SEDIA UNTUK DIMASAK.
SALAM AIDUL ADHA
Pak Lang dan Mak Lang ingin mengucapkan Salam Aidul Adha kepada semua ahli ahli Keluarga Karim dan Che'Nab sama ada didalam atau di Luar negeri.
Wednesday, September 23, 2009
Friday, August 21, 2009
Ramadhan Datang Lagi

Alhamdulillah, besok 22 Ogos 2009/ 1 Ramadhan 1430, bermulanya bulan Puasa. Semuga ibadah bulan puasa kali ini adalah yang terbaik dari bulan bulan puasa yang lepas. Alhamdulillah pada tahun ini kami anak beranak dapat menjalani ibadat puasa bersama dengan kesemua anak kerana semua anak kini berada di Kuala Lumpur.











































